p/s : Stop waiting for Prince Charming. Get up and find them!

Thursday, December 19, 2013

Misi Memburu Cinta Suamiku 3

Ringgg!!

Dian berlari mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Telefon Dian sudah beberapa kali berdering pagi ini. Dia yang sibuk menghadiri meeting dari pagi ini tidak sempat untuk menjawab panggilan yang diterima.

Nombor telefon yang terpapar pada skrin telefon menunjukkan nombor telefon yang tidak dia kenali. Dengan pantas Dian menjawab panggilan tersebut.

“Helo.” Dian memulakan perbualan.

“Helo. Ini Dian Marissa ke?” Soal pemanggil tersebut. Suara lelaki yang tidak Dian kenali di hujung talian agak tenang.

Iye. Siapa ni?” Jawab Dian lembut. Dian kembali menyoal sambil mengerutkan dahi. Agak hairan pagi-pagi begini aku sudah menerima panggilan dari orang yang tidak aku kenali, bisk Dian.

“Darwish Azim.” Dian gamam. Sah! Mesti ibu punya kerja ni bagi nombor telefon aku pada Puan Sri Latifah,getus Dian. Setelah beberapa hari selepas kunjungan Puan Sri Latifah dan Tan Sri Khalid, akhirnya dia menghubungi aku jugak. Dian cuba untuk memikirkan apa yang harus dia katakan.

“Oo… ada apa call saya pagi-pagi ni.” Ujar Dian dengan nada bersahaja.

“Hai… takkan aku tak boleh call bakal isteri sendiri.” Suara Darwish yang dari tadi hanya mendatar, kini kedengaran agak bertona sedikit.

Bakal isteri konon. Ada lagi ke lelaki seperti Darwish di zaman moden ini? Lelaki yang mengiyakan sahaja calon isteri pilihan mama dan papanya. Hish! Stress! Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa!Gerutu dian sendiri.

“Bukan tak boleh, cuma pelik. Awak belum pernah jumpa saya. So, jangan anggap saya sebagai bakal isteri awak!” Tegas Dian sedikit berani. Dian tidak yakin yang Darwish akan menerima dia sebagai isterinya. Jumpa saja belum pernah, bagaimana mungkin boleh sewenangnya mengaku aku ini bakal isterinya, marah Dian dalam hati.

“Sebab tu aku call kau hari ni. Aku nak jumpa kau lepas waktu kerja. Bagi alamat office kau. After office hour, I’ll come and pick you up.” Ujar Darwish dengan serius.

Let me think about it.” Jawab Dian pendek. Dian seperti sudah dapat mengagak penerimaan Darwish terhadapnya. Dalam telefon saja sudah serius begini, kalau jumpa apa pulak akan jadi. Sejak Puan Diba memaklumkan tentang lamaran dari pihak Darwish, Dian sudah programkan dalam kepala karekter Darwish Azim. Tiada yang positif, hampir semua yang Dian programkan adalah sikap 
negatif.

“Kenapa, takut ibu dan ayah kau marah ke?” Soal Darwish agak sinis. Dian paling tidak gemar orang melibatkan ibu dan ayahnya. Kenal ibu dan ayah pun tidak, ada hati nak berprasangka buruk.

I’ll text you my office address.” Balas Dian pendek. Malas hendak berbasa basi dengan lelaki yang dia kira kurang sopan.

Good.” Ujar Darwish sedikit gembira.

Please don’t be late. I hate waiting.” Pesan Dian dengan gaya ala diva. Harapannya agar Darwish sampai tepat waktu.

Dengan pantas Dian mematikan talian telefonnya. Debaran jantungnya masih lagi laju. Dian masih lagi tidak menyangka yang Darwih Azim telah menghubunginya. Pandangan Dian kini dilemparkan pada skrin komputer. Gambar pada wallpaper skrin komputer Dian tenung dalam-dalam. Sesungguhnya Dian telah mengelamun jauh sehingga dia tidak sedar apa yang dilihatnya.
Tiba-tiba bahu Dian di tepuk oleh Anita. Teman sepejabatnya yang telah bekerja 2 bulan lebih awal dari Dian.

“Hoi!… mengelamun nampak. Tembus komputer tu kau tenung.”  Sergah Anita membuatkan Dian terperanjat.

“Kau ni memang tak pandai bagi salam kan. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku collapse.” 
Ujar Dian sambil mengurut dada akibat terkejut dengan sergahan Anita. Dian terus menarik muka 
membuatkan Anita rasa bersalah.

Sorry…sorry.” Anita memujuk. Anita memandang Dian sambil tersengih.

“No problemo.” Balas Dian sambil tersenyum kearah Anita. Dia tidak pandai untuk merajuk dengan kawannya itu.

“Apahal kau ni. Mengelamun jauh aku tengok. Ada masalah ke?” Soal Anita. Dia yang duduk di sebelah Dian terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Tangannya dengan pantas mencapai fail yang berada di atas mejanya. Diselak fail-fail itu sambil matanya memandang kearah Dian.

“Ada. Tapi masalah kecik je.” Ujar Dian selamba.

“Ceritalah kat aku. Mana tau aku boleh tolong.”

“Kau boleh tolong apa?” Ujar Dian kehairanan.

“Tolong dengar.” Giliran Anita pula membalas selamba pertanyaan Dian sambil ketawa. Aku dah agak dah! Getus Dian sendiri.

“Kau memang boleh boleh dengar aje. Tolong yang lain kau mana tahu.” Ujar Dian dengan nada 
merajuk. 

“Hai… belum cerita dah nak merajuk. Come on Dian. You know me. Aku bergurau ajelah. Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau ni asyik mengelamun aje. Muka kau tu dah macam ayam berak kapur. Apa masalah kau sebenarnya?” Soal Anita.

Memang sejak Puan Diba memberitahu Dian menegenai lamaran daripada pihak Darwish Azim, Dian seperti tidak tentu arah. Ada saja yang tidak kena. Fokusnya terganggu. Semua kerja tidak dapat disiapkan tepat waktu. Sehingga emel-emel penting pun tidak sempat Dian baca. Apa yang bermain difikirannya juga dia tidak pasti. Tapi yang pasti, Dian tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat ini. Ni semua salah lelaki bernama Darwish Azim!

 “Aku kena kahwin.” Anita terpampam. Wajahnya seperti ingin ketawa pun ada.

Seriously! Siapa lelaki bertuah dapat kau ni?” Soal Anita sedikit menyindir. Aku tahu yang dia hanya mahu bergurau.

Tiba-tiba Anita bangun dari tempat duduknya dan menjerit.

Guys!! Dian nak kahwin!” Jeritan Anita membuatkan suasana tenang tadi menjadi sedikit bising. Dian dengan pantas menarik tangan Anita. Anita yang tadinya berdiri terduduk disebabkan rentapan 
tangan Dian.

“Kau dah gila ke? Aku baru buka cerita kau dah nak heboh satu office!” Bentak Dian kepada Anita. Geram sungguh Dian dengan perangai Anita. Dia hanya tersengih seperti kerang busuk.

“Berita baik ni. Kenapa pulak kau nak sorok-sorok?” Soal Anita yang masih lagi tersenyum. Lagaknya seperti tiada salah yang dilakukan. Dian hanya mampu memandang kearahnya.

“Berita baik apanya! Aku tak kenal lelaki yang melamar aku tu”

Whoa!! Dah macam dramalah pulak cerita kau ni.”

“Dramalah sangat. Aku serius ni.”

Dian seperti tidak tahu apa yang ingin diucapkan. Hatinya masih lagi tidak tenang. Apatah lagi memikirkan yang Darwish ingin berjumpa dengannya petang ini. Apa yang dia nak cakap? Dari suaranya tadi, aku dapat bayangkan yang dia tidak bersetuju dengan perancangan perkahwinan ini.

“Kalau kau tak kenal, macam mana dia boleh masuk meminang?” Soal Anita seperti tidak sabar mendengar penjelasan Dian.

“Mama dan papa dia yang datang rumah aku. Dorang tu kawan ibu dan ayah aku.”

Arranged marriagelah ni?”

“Syuhh…” Dian memberi isyarat supaya Anita memperlahankan sedikit suaranya. Dia ni kalau cakap memang volume tak pernah slow. Macam orang tertelan mikrofon aje.

“Habis tu apa lagi!” Jelas Dian kepada Anita dengan suara sedikit perlahan.

“Gilalah!! Ada lagi ke orang tua yang match making kan anak dia orang zaman moden ni.” Ujar Anita sambil ketawa berdekah-dekah.

Menyesal aku cerita kat minah sorang ni. Kalau tahulah yang dia akan ketawakan aku, memang aku tak ceritalah. Buang masa betul! Getus Dian. Dian yang masih sakit hati melihat gelagat Anita terus membetulkan kerusi dan memandang tepat ke skrin komputer.

Dian cuba untuk memberi tumpuan kepada kerja yang banyak tertangguh. Namun fikirannya melayang lagi. Seperti terbang melayang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa. Sekali lagi dia teringat akan Darwish Azim.

‘Buat apa aku teringat kat dia, walhal rupa dia pun aku tak tahu macam mana!’ Bisik Dian sendiri.
Dian memerhati emel yang belum sempat dia baca berjumlah hampir 100. Tiba-tiba Anita 
mendekatkan kerusinya ke meja Dian.

Babe, mamat tu handsome tak?” Soal Anita.

“Mana aku tau. Aku belum pernah jumpa dia lagilah.” Jawab Dian acuh tak acuh.

“Orang kaya ke?”

“Tak pasti.” Dian hanya menjungkitkan bahu. Mata aku masih lagi memandang tepat ke skrin komputer. Dia cuba untuk tidak memikirkan pasal Darwish.

“Kau tak nak jumpa mamat tu ke before kau kahwin?” Anita cuba mengorek cerita sensasi yang baru didengar dari Dian.

“Petang ni dia nak jumpa aku.” Balas Dian agak tenang.

Sounds goodFirst step tu.” Anita cuba meyakinkan Dian.

“Yelah tu.”

“Iyelah. Baby step.” Balas Anita sambil ketawa lagi. Dia ni memang suka kenakan aku. Lagi aku 
gabra, lagi suka dia mengusik. Siap kau Anita!

Dian yang malas melayan Anita meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Kalau dia terus 
memikirkan pasal Darwish, memang tak siaplah kerja. Sudahnya dia jugak yang kena marah dengan Encik Michael yang garang macam singa tu.

Dian leka menyiapkan laporan yang diarah bosnya sewaktu mesyuarat tadi. Walaupun baru bekerja 4 bulan, namun Dian sudah mendapat kepercayaan daripada Encik Michael untuk menyediakan laporan tahunan syarikat. Dek terlalu sibuk menyiapkan laporan, Dian tidak sedar yang sudah pukul 12 tengah hari.

‘Cepatnya dah pukul 12. Report baru buat 3 mukasurat.’ Omel Dian sendiri.

“Jom keluar lunch?”Ajak Anita sambil mengemas mejanya.

  “Awalnya kita nak keluar lunch.Baru pukul 12.00 tengahhari.” Dian agak hairan kerana selalunya mereka akan keluar makan tengah hari pada pukul 1 petang.

“Kau dah lupa ke? Kan pukul 1 petang nanti kita ada meeting denganEncik Michael. Semalam kan  semua staf IT department dah dapat emel dari IT Admin. Kau tak baca emel eh?” Teka Anita membuatkan Dian segera klik pada tetikus sambil memandang skrin komputer  dihadapannya.  Dian 
segera mencari emel yang dimaksudkan oleh Anita. Dia agak terperanjat kerana tidak menyedari 
terdapat emel daripada IT Admin berkenaan mesyuarat tergempar itu. Mana tidaknya, dalam sehari dia menerima lebih 60 emel. Kalau asyik meeting aje, mana sempat nak baca emel yang aku dapat, bisik Dian.

“Yelah. Aku tak baca emel tu. Semalam busy sangat.” Keluh Dian sambil menggaru kepala.

“Tunggu apa lagi, jomlah makan.” Sekali lagi Anita mengajak Dian sambil menarik lengannya. Dian yang sedang duduk dengan tidak semena-mena terbangun dengan tindakan Anita itu.

“Sekejap, sekejap. Aku nak ambil dompet.” Tegas Dian kepada Anita. Anita terus melepaskan lengan Dian bagi membolehkan dia mengambil dompet yang diletak di dalam beg tangan. Dian seluk ruangan dalam beg tangannya untuk mengambil dompet yang berada di dalamnya. Seketika itu, Dian mengerutkan dahi. Mana pulak aku letak dompet aku ni? Ahh!…sudah. Takkan hilang kot! Dian mula resah.

Babe, ada tak dompet kau?” Tanya Anita apabila memerhatikan Dian yang sedang keresahan.

 “Mana pulak hilangnya ni? Pagi tadi ada. Lepas aku beli breakfast kat bawah, aku perasan aku pegang bawak naik. Lepas tu…” Dian mematikan ayatnya untuk mengingat kembali di mana tempat terakhir dia singgah selepas membeli breakfast pagi tadi.

“Lepas tu apa? Cuba kau ingat cepat sikit. Kita dah lambat ni.” Gesa Anita. Dia nyang sedang cuba 
mengingat lokasi terakhir yang dia pergi terganggu dengan reaksi Anita yang berlebih-lebih itu. Anita memang terkenal dengan perangai kiasunya.

“Sabarlah! Aku tengah fikir ni. Kau ni tak membantu langsung. Aku yang hilang dompet, kau pulak yang kelam kabut.” Rungut Dian kepada Anita yang seperti orang tidak senang duduk apabila mengetahui dompet Dian hilang.

“Haa… Lepas tu aku terus pergi pantri. Aku breakfast kat pantri pagi tadi.” Ujar Dian setelah berjaya mengingatkan di mana dia pergi setelah membeli sarapan pagi.

“Cuba tengok kat pantri.” Arah Anita kepada Dian membuatkan mereka berdua berlari anak ke pantri. Suasana pejabat yang sudah agak lengang kerana semua staf telah keluar makan tengah hari membolehkan mereka berdua berlari dengan agak laju.

Tiada siapa di pantri. Keadaan juga bersih seperti baru dikemas oleh cleaner. Dian cuba menggeledah pantri dan mencari kalau-kalau ada terselit dimana-mana. Habislah kalau hilang dompet aku. Itu saja yang mampu Dian ucapkan di hati. Hatinya yang sudah mula gundah gulanaMungkin dompet itu tiada nilai dan bukan dari jenama terkenal. Tapi itu dompet hadiah daripada ibunya ketika Dian ingin melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Walaupun sudah hampir 5 tahun Dian menggunakannya, namun ia masih elok.

“Kita pergi lunch dululah. Nanti bila semua staf dah balik dari lunch, kita tanya.” Pujuk Anita sambil 
memegang lengan Dian.

“Aku takde duit nak pergi lunch ni.”

“Aku belanjalah.” Ujar Anita lagi.

“Jomlah, nanti lambat pulak kita pergi mesyuarat. Encik Michael tu dahlah garang macam singa.” Ujar Anita. Dian hanya menggangukkan kepala dan besetuju untuk menunggu sehingga semua staff pulang dari makan tengahhari.

Dian dan Anita berjalan beriringan untuk ke kafeteria yang terletak di tingkat 1 bangunan ini. Harap-harap janganlah hilang dompet kesayangan aku itu. Bukan duit yang aku risaukan, tapi segala kad yang ada di dalamnya. Kad pengenalan, kad bank, lessen memandu dan semuanyalah. Naya aje nak pegi balai polis report kad pengenalan hilang, nak pergi bank report kad bank hilang. Banyak kerja tu. Buang masa! Buang masa! Gerutu Dian sendiri.


Usai solat Asar, Dian bergegas ke mejanya untuk mengemas segala fail yang berselerak di atas meja. Selesai itu, Dian mematikan komputer menunjukkan dia bersedia untuk pulang. Sempat lagi dia 
menyapukan bedak ke wajahnya dan mengoleskan sedikit pemerah pipi dan lipstik untuk kelihatan sedikit berseri.

“Hoi!! Awal balik hari ni?” Sindir Anita.

“Kena keluar cepat. Tadi aku yang beriya cakap kat mamat tu jangan lambat.” Balas Diansambil mengambil beg tangannya yang  diletak di dalam laci meja. Debaran untuk menemui Darwish Azim sudah terasa.

“Dah jumpa ke dompet kau?” Tanya Anita sambil mengemaskan mejanya.

“Dah.” Balas Dian pendek.

“Siapa jumpa?”

“Megat.”

“Megat! Dia saja soroklah tu. Mamat tu kan tangkap cintan dengan kau.” Balas Anita sedikit menyindir.

“Diamlah.” Tegas Dian kerana malas hendak mendengar bebelan Anita dan syak wasangkanya itu. Tapi memang pelik! Kenapa si Megat tu tak pulangkan dompet terus kat aku. Kenapa tunggu sampai 
aku balik lunch baru nak bagi? Sedangkan aku tertinggal sejak lepas waktu sarapan pagi tadi, fikir 
Dian sendiri.

“Dian.” Megat memanggil Dian ketika dia ingin menunaikan solat Zohor selepas pulang dari makan tengahhari bersama Anita.

“Nah!” Megat menghulurkan dompet Dian yang masih elok. Dengan pantas Dian mengambil darinya dan membuka untuk memastikan tiada apa yang hilang. Nyata! Semuanya masih lagi ada. Lega rasanya. Tak perlulah aku ke balai polis dan ke bank untuk membuat sebarang laporan, fikir Dian sambil tersenyum.

“Awak jumpa kat mana?” Soal Dian kepada Megat.

“Kat pantri.” Jawabnya pendek.

“Kenapa tak bagi kat saya terus?” Soal Dian kehairanan. Logiknya mestilah dia bagi terus kepada tuan empunya sebaik menjumpai dompet tersebut.

“Saya tak tahu siapa punya. Lepas lunch tadi, baru saya buka dompet tu dan nampak kad pengenalan awak. Tu yang saya bagi terus kat awak.” Ujar Megat memberi penjelasan. Tak baik pula berburuk sangka kepadanya sedangkan dia telah menyelamatkan dompet aku dari dicuri oleh orang yang panjang tangan.

“Terima kasih Megat.” Benar! Dian berterima kasih padanya.

No problem. Anyway, gambar IC awak comel.” Puji Megat membuatkan Dian malu. Gambar itu ketika dia berusia 15 tahun. Mengingat kenangan ketika membuat kad pengenalan itu. Itu kali kedua Dian memohon kad pengenalan setelah kad pengenalan yang pertama hilang entah ke mana. Kanak-kanak lagi masa tu. Simpan barang sendiri pun hilang.

“Kau ni, mengelamun lagi.” Sergah Anita membuatkan Dian terperanjat.

“Alamak!! Dah pukul berapa ni?” Soal Dian dengan kelam kabut.

“5.30 sharp.” Balas Anita sambil mengambil begnya dan berlalu meninggalkan Dian untuk pulang.

“Anita!! Tunggu!! Tahan lif untuk aku.” Jerit Dian kepada Anita. Dia dengan pantas berlari mendapatkan Anita untuk turun bersama. Suasana di pejabat riuh rendah. Semua staf sudah bersedia untuk pulang.

Dian berjalan agak laju keluar dari lif untuk berjumpa Darwish. Matilah! Jangan sampai dia tunggu aku, omel Dian sendiri. Bukan main poyo lagi aku warning dia jangan lambat.       
    
 “Makcik, lajunya jalan!” Ujar Anita yang lagi tadi membontoti Dian.

“Haah… Aku dah lambat.” Balas Dian sambil melangkah selaju yang mungkin. Anita yang dibelakang juga turut berlari mendapatkannya.

“Tahulah nak pergi dating! Jalan macam tak cukup tanah aku tengok.” Peril Anita.
Dian yang malas melayan Anita hanya membiarkan dia mengejar. Sampai saja di luar pejabat, Dian perhatikan kiri dan kanan. Check betul-betul! Sah! Tiada kereta yang menuggu aku. Puas aku panjangkan leherku untuk melihat kalau-kalau mamat poyo itu sudah sampai. Fuhh!!.. Selamat aku cepat.

“Mana dia?” Soal Anita.

“Belum sampai lagi.” Ujar Dian sambil mengurut dada lega. Namun debaran di dada semakin memuncak.

“Nasib baik kita cepat.” Balas Anita sambil berdiri disebelahnya.

“Apasal kita pulak. Aku aje yang nak jumpa mamat poyo tu. Yang kau ni, tak nak balik ke?” Soal Dian kepada Anita yang turut memanjangkan lehernya untuk memerhatikan kereta yang lalu lalang.

“Aku nak tunggu sampai mamat tu datang. Mana tau dia ada niat jahat ke.” seloroh Anita sambil 
membetulkan bajunya. Lagaknya seperti dia yang ingin berjumpa Darwish Azim. Anita bukan saja kiasu, dia juga kepochi. Semua benda dia nak tahu.

“Kau ni kan tak habis-habis nak jadi polis pencen. Semua pun kau nak tahu.” Gurau Diankepadanya sambil tersenyum. Walaupun perangainya agak pelik, namun Dian tahu Anita beniat baik.

“Cita-cita aku kan nak jadi polis, sebab tu aku suka menyiasat. Untuk pastikan kau ok!” Balas Anita membuatkan Dian ketawa. Lucu sungguh Anita! Beriya-iya dia ingin menemankan Dian sehingga Darwish Azim sampai.

Sedang mereka leka bersembang, tiba-tiba sebuah kereta meluncur kearah Dian dan Anita dan berhenti dihadapan mereka. Kereta Audi R8 berwarna merah mematikan perbualan mereka berdua. Cermin kereta yang agak gelap membuatkan Dian dan Anita tidak dapat mengecam siapa pemandunya. Seraya dengan itu cermin tingkap kereta yang gelap daripada bahagian penumpang diturunkan. Kelihatan pemandunya yang kacak serta berkaca mata hitam dari jenis Rayban memandang kearah kami.

Dian dan Anita terdiam. Mereka terpaku.

“Dian Marissa?” Soal lelaki itu sambil memandang kearah Dian dan Anita.

Sah!! Inilah Darwish Azim, jerit Dian didalam hati. Dian, please behave! Kawal emosi kau jangan 
sampai pengsan depan mamat ni, pujuk Dian sendiri. Anita dengan spontan menunjukkan jari telunjukknya kearah aku memberikan isyarat kepada Darwish bahawa akulah Dian Marissa.

You’re late.” Tegas Dian tenang sambil cuba mengawal emosinya yang sudah tidak tentu hala. Suaranya saja dikuatkan. Debaran hatinya cuba Dian sembunyikan dengan berlagak tenang.
Tiba-tiba Darwish keluar dari keretanya dan menuju kearah Dian. Dengan pantas dia membukakan pintu untuknya. Alamak! Rasa macam Prince Charming nak pakaikan kasut kaca pada Cinderella. Very gentleman! Bisik Dian dalam hati. Hati-hati Dian dengan hatimu!

Tidak dinafikan dia memang kacak. Orangnya tinggi. Mungkin 178 sentimeter. Kalau dibandingkan dengan aku yang hanya 155 sentimeter ni, nampaklah aku ni pendek. Berkulit cerah. Sangat segak apabila dia lengkap dengan suitnya. Cukup bergaya.

Sorry… I baru habis meeting. Shall we?” Balas Darwish sambil memberikan isyarat kepadaDian untuk masuk ke dalam kereta.

Dian hanya mengiyakan arahannya dan terus masuk ke dalam kereta. Dengan pantas Darwish menutup pintu kereta dan segera berlalu kearah pemandu. Dian hanya memerhatikan Anita yang hanya kaku. Dia seperti terkena rasuk. Matanya tidak berkelip memerhatikan Darwish. 

Kereta dipandu Darwish terus meluncur laju memasuki ibu kota Kuala Lumpur. Tanpa Dian sedar mereka telah tiba di pusat membeli belah Pavilion. Darwish memberhentikan keretanya di valet parkir. Penyambut di valet parkir dengan pantas membukakan pintu dan Dian segera keluar sambil membetulkan baju kemejanya. Hari ini Dian hanya memakai seluar slack dan berkemeja sahaja. 
Memang tidak sepadan dengan Darwish yang lengkap berkot.

Ahh… lantaklah!! Siapa suruh tak buat appointment awal-awal. Boleh aku pakai baju yang sesuai, gerutu Dian

“Jom!” Ajak Darwish sambil meninggalkan Dian terpinga-pinga.

Dian hanya mengekori Darwish. Suasana di pusat membeli belah itu tidak sesak dengan pengunjung dibandingkan apabila hari cuti. Mereka berjalan beriringan kearah lif untuk naik ke tingkat atas. Butang lif ditekan. Dian dan Darwish menunggu hingga lif dibuka. Senyap! Tiada bicara.
Apabila pintu lif terbuka, Darwish dengan pantas melangkah masuk membuatkan Dian juga mengikutinya. Dia kemudian menekan butang 6 menunjukkan dia ingin pergi kearas 6. Darwish kelihatan sangat tenang. Sedikitpun dia tidak menoleh kearah Dian. Pintu lif terbuka pada aras 6. Kelihatan banyak restoran mewah di tingkat ini.

Darwish kemudian memasuki sebuah restoran ala Itali. Pelayan di dalam restoran itu kemudiannya membawa kami ke meja yang telah ditempah khas oleh Darwish.

Can we take your order sir?” pelayan restoran terus bertanya kearah Darwish apabila mereka telah duduk.

Yes. Give me lamb chops with rocket balsamica. Also sauce of cracked pepper and mushroom
Dian?” Darwish memandang kearah Dian. Dian yang hanya membelek menu, tidak tahu untuk memesan apa. Semuanya seperti sedap dimata Dian. Almaklumlah aku jarang memesan makanan di restoran mewah. Tapi hidangan mata dihadapan aku sudah cukup untuk membuatkan aku kenyang, gurau Dian sendiri.

“Ermm..” Jawab Dian sambil memerhatikan menu ditangan.

Give her All'Amatriciana. And two fresh oranges, please.” Arah Darwish kepada pelayan tersebut.

‘Aik!! Dia tolong order untuk aku. Apa benda yang dia order ni!’ bentak hati Dian.

Setelah mengambil pesanan Darwish, pelayan itu terus berlalu meninggalkan Dian dan Darwish. Sunyi! Darwish hanya memerhatikan Dian membuatkan Dian kurang senang.

So, kau setuju ke?” Tanya Darwish akhirnya memecahkan kesunyian. Soalan yang membuatkan Dian buntu. 

I don’t know.” Jawab Dian pendek. Hatinya gusar. Jika jawab tak setuju, takut mengecewakan. Kalau jawab setuju, bimbang dituduh mata duitan pula. 

Come on Dian! Aku tau keluarga kau mesti terima lamaran dari mama dan papa aku.” Ujarnya agak sinis. Tiba-tiba semua yang indah dihadapan Dian bertukar menjadi benci. Benci melihat reaksi 
Darwish begitu.

You think so?” balas Dian. Sengaja smeninggalkan persoalan untuk Darwish fikirkan.

Of course. Keluarga aku banyak duit. Siapa tak nak tumpang senang. Kan?” Darwish membalas dengan angkuh.

Like I care of your money. Keep it! Keluarga saya tak pernah hairan dengan duit mama dan papa awak tu.” Balas Dian sinis. Darwish terpana mendengar jawapan daripadanya.

Really?”

Absolutely!”

Ok! So, we call the wedding off!” Ujar Darwish selamba. Terbit segaris senyuman  diwajahnya. 
Senyuman puas menunjukkan yang dia tidak pernah setuju dengan pelan perkahwinan Puan Sri Latifah dan Tan Sri Khalid.

Agree! Furthermore, I never said that I accept your proposal, right?” Balas Dian pendek. Tetapi sangat berbisa. Tak hairanlah aku dengan mamat poyo berlagak ni. Dia ingat dia sorang ada duit. Dia ingat family dia sorang aje kaya. Boleh jalan da!! pujuk hati Dian.

Dari awal lagi Dian sudah menyangka yang Darwish Azim tidak akan pernah setuju dengan perancangan perkahwinan ini. Sangkaan Dian benar belaka. 

Wednesday, December 18, 2013

Misi Memburu Cinta Suamiku 2

Suasana di rumah agam Tan Sri Khalid yang selalunya tenang hari ini agak tegang dengan pertelingkahan antara Darwish dan mamanya. Darwish masih tidak berpuas hati dengan tindakan mama dan papanya yang pergi melamar Dian bagi pihaknya. Baginya, tiada siapa yang layak menjadi isterinya selain Jasmin Amir. Kekasihnya yang dia telah dampingi hampir setahun yang lalu.

Darwish yang dari tadi mundar mandir di halaman rumah akhirnya duduk bersama Puan Sri Latifah dan Tan Sri Khalid yang sedang menikmati minum petang. Badannya disandarkan pada kerusi. Daripada riak wajah Darwish, Puan Sri Latifah sudah dapat meneka kegusaran hatinya. Wajah cemberutnya sudah tidak dapat disorok lagi. Puan Sri Latifah hanya membiarkan anak terunanya itu melayani amarahnya sambil menikmati air kopi bancuhan pembantu rumahnya, Kak Timah.

“Kenapa mama nak sangat Darwish kahwin dengan budak hingusan tu?” Geram hati yang membuku dilepaskan kepada mamanya. Kalau betul-betul nak sangat tengok aku kahwin, pilihlah gadis yang setaraf dengan aku yang kacak dan kaya ni, rungut Darwish sendiri.

“Darwish, jangan sembarangan sebut Dian macam tu. Dian tu budak baik. Lagipun mama kenal sangat dengan Aunty Diba dan Uncle Razali tu. Uncle Razali tu kawan papa dari kecil sejak dari kampung lagi” Tegas Puan Sri Latifah menyebelahi Dian yang baru saja dia kenal.

“Oo… so nama dia Dian. Backing macam mama dah kenal dia luar dalam.” Darwish masih lagi tidak bersetuju dengan pilihan Puan Sri Latifah. Dengusan Darwish yang agak kuat membuatkan Puan Sri Latifah sedikit tidak senang.

“Mungkin mama tak kenal Dian luar dan dalam, tapi mama kenal betul Darwish luar dan dalam. Sampai bila Darwish nak hidup berfoya-foya. Enjoy sakan macam dah tak ingat Tuhan. Clubbing tiap-tiap malam. Perempuan dah tak usah nak katalah. Mama tak pernah nampak Darwish serius dengan mana-mana perempuan. Sampai bila nak jadi macam ni?” Soal Puan Sri Latifah sambil meninggikan suara membuatkan Darwish rimas. Sesungguhnya Puan Sri Latifah tidak tahu yang Darwish telah mula mengenali Jasmine dengan lebih rapat.

Darwish pasti kalah setiap kali mamanya mengungkit sikap suka berfoya-foya yang sesungguhnya di tahap melampau. Keseronokan yang Darwish cari tidak pernah berpenghujung. Pantang saja dengar ada kelab baru dibuka, pasti dialah orang pertama yang mengunjunginya. Namun baginya dia mampu untuk berhibur, jadi itu tidak dikira salah.

“Darwish, papa pun dulu pernah muda tapi takde lah sampai teruk macam kamu ni. Lagipun papa kenal sangat Uncle Razali. Papa pasti dia membesarkan anak-anak dia dengan ilmu agama yang cukup.” Celah Tan Sri Razali sambil meletakkan majalah Money di atas meja.         


‘Teruk sangat ke aku ni. Aku rasa  sama aje aku dengan lelaki lain. Semua orang perlukan hiburan lepas penat kerja.’ Getus Darwish.

“Jangan sampai nanti ada perempuan tuntut hak sebab mengandung anak kamu. Nak sampai jadi macam tu ke?” Jerkah Puan Sri Latifah membuatkan Darwish tersentak. Sepanjang pengetahuan Darwish, belum pernah dia mengandungkan mana-mana perempuan. Seram pula Darwish apabila Puan Sri Latifah menyebut tentang perkara itu.

“Mama ni, Darwish takde lah teruk sampai macam tu. Paling-paling pun cuma pegang sikit-sikit aje.” Darwish sedaya upaya meyembunyikan kelakuan buruknya di hadapan mama dan papanya sambil tersengih memandang Puan Sri Latifah.

“Mula-mula memanglah pegang sikit, lama-lama semua pun kamu nak pegang. Sebelum benda buruk terjadi, baik mama nikahkan Darwish.” Tegas Puan Sri Latifah sambil membutangkan matanya. Puan Sri Latifah sudah tidak dapat menahan perangai Darwish yang semakin liar saban hari. Setiap tingkah laku Darwish pasti tidak disenangi olehnya.

“Kalau Darwish tak nak kahwin, mama tak kisah. Tapi kena ingat, Darryl dah ada calon isteri yang mama berkenan. Silap-silap haribulan, adik kamu tu yang naik pelamin dulu.” Ujar Puan Sri Latifah bersahaja sambil menghirup air daripada cawannya.

Darwish pasti yang mamanya maksudkan itu ialah Adila. Adila kekasih Darryl dari United Kingdom lagi. Mereka belajar bersama dalam jurusan yang sama sepertinya iaitu Corporate Business. Adila memang perempuan yang baik. Gadis polos. Adila datang daripada keluarga yang sederhana.

‘Mama memang suka golongan keluarga yang sederhana. Entah kenapa mama beriya-iya sangat nak bermenantukan Dian aku pun tah tahu.’ Bisik Darwish.

“Dan kalau Darryl yang kahwin dulu, secara automatiknya Darryllah yang bakal menerajui Excell Holding sebagai CEO.” Giliran Tan Sri Khalid pula mengingatkan Darwish tentang jawatan CEO syarikat yang sudah lama dia idam-idamkan.

‘Aduh… kalau aku tak jadi CEO mana aku nak letak muka aku yang macho ni. Satu KL dah tahu yang aku ni bakal CEO Excell Holding. Come on Darwish! Tak kan kau kalah dengan adik kau sendiri. Darryl ni pun satu, yang kau gatal sangat nak kahwin kenapa. Tunggulah aku lepas dulu.’ Rungutnya sendiri.

“Darryl pun lelaki juga, tapi mama tak pernah nampak dia pulang lewat malam macam Darwish. Kalau Darwish, pulang lewat usah kata, pagi baru sampai rumah pun selalu. Macam ni nak jadi ketua pimpin staff kat pejabat tu, mama tak rasa pekerj akan ada rasa hormat pada Darwish.” Marah Puan Sri Latifah . Darwish mula kurang senang dengan bebelan mamanya. Pandangannya kini tertumpu pada halaman mamanya yang dihiasi dengan bunga orkid.


Darwish akui, memang Darryl seorang anak yang baik. Hubungan Darwish dengan Darryl memang sangat rapat. Biarpun Darryl tidak liar sepertinya. Darryl sentiasa patuh dengan arahan mama dan papa. Tindakannya tidak pernah melampaui batas. Darryl juga belajar di United Kingdom seperti Darwish. Jarak usia mereka yang hanya setahun menyebabkan hubungan Dawish dan Darryl rapat. 

Puan Sri Latifah dan Tan Sri Khalid sengaja menghantar mereka berdua untuk belajar bersama supaya Darwish dan Darryl boleh menjaga antara satu sama lain. Tapi Darryl tidak langsung tertarik dengan hiburan dan keseronokan dunia. Darwish pula, senang saja tertarik pada hiburan. Seperti ada magnet yang menariknya untuk ke tempat-tempat hiburan dan keseronokan.

“Ok, Darwish faham. Mama dan papa nak Darwish kahwin dulu sebelum nak bagi jawatan CEO tu. Kan Darwish dah ada calon isteri sendiri, kenapa mama dan papa tak boleh terima? Apa kurangnya Jasmine kalau nak dibandingkan dengan bakal menantu pilihan mama tu? Kanapa mama tak carikan calon yang setaraf dengan kita?”Bertalu-talu soalan Darwish lontarkan kepada Puan Sri Latifah dengan nada sedikit memperli. Darwish seperti tidak percaya yang Puan Sri Latifah tidak mahu menerima Jasmine sebagai calon isteri pilihannya.

“Darwish, orang lelaki kalau nak cari calon isteri kena cari yang memenuhi kriteria. Pertama, kena cari orang yang beriman dan solehah . Kedua, kenalah ada rupa paras yang sedap mata memandang dan dapat menyejukkan hati suami. Ketiga, calon isteri tu hendaklah berasal dari keturunan yang baik. Keempat, tidak memandang harta Darwish semata-mata. Lagi satu, mama tak suka Darwish cakap pasal pangkat dan darjat. Ingat apa yang kita ada ni semua milik Allah. Kalau Allah nak tarik balik harta yang kita ada, bila-bila masa aje Allah boleh buat.” Panjang lebar Puan Sri Latifah memberi syarahannya. Darwish seperti hilang kata-kata apabila mamanya bersyarah mengalahkan pakar motivasi.

Darwish tahu, mamanya ingin dia menjadi orang yang berguna dan sentiasa menghormati setiap manusia tanpa mengira siapa mereka. Tapi masalahnya, dia sudah ada pilihan hati. Kekasih yang dia puja saban hari. Kejelitaan Jasmine tiada bandingan. Dia yang sentiasa berpakaian seksi selalu membuatkan mata-mata liar memandang kearahnya dan membuatkan Darwish bangga kerana dapat mendampinginya. Barulah padan dengan aku yang kacak. And the most important, I’m top 20 most eligible bachelor kat KL. Tak kan nak kahwin dengan perempuan sederhana. Jatuhlah reputasi aku! Getus Darwish.

“Darwish rasa Jasmine tu nak bercinta dengan Darwish sebab sayang ke? I’ll bet you, she just want your money. Come on son! Siapa yang tak nak dengan anak papa yang handsome dan berduit ni.” Celah Tan sri Khalid sambil memandang Darwish yang dari tadi tidak duduk diam.

“Sebab Darwish handsomelah Darwish kena cari yang sama cantik dan sama padan. Barulah bagai pinang dibelah dua.” Jawab Darwish selamba.

“Siapa kata Dian tu tak cantik? Jasmine tu bukan calon yang sesuai untuk Darwish. Dia dengan Darwish sama aje. Hari-hari keluar malam. Clubbing, party. Mama tengok baju dia pun macam tak cukup kain aje. Macam tu Darwish nak buat bini. Silap-silap haribulan, bahtera rumahtangga Darwish hanyut kena bawa ombak terkapai-kapai kat tengah laut. Nak ke?” Sergah Puan Sri Latifah pula. Memanglah cakap mama ada betulnya, tapi macam mana nak kahwin kalau tak cinta, bisik Darwish sendiri. Dan benarkah dia benar-benar menyintai Jasmine sepenuh hatinya… Atau Jasmine hanya tempat untuk dia melampiaskan nafsu sahaja

“Papa tengok Dian tu ada semua ciri-ciri sebagai calon isteri, kenapa Darwish nak tolak pulak?” Giliran Tan Sri Khalid pula menduga Darwish.

“Perempuan baik macam Dian Marissa tu Darwish tak akan jumpa kat luar sana tau sebab perempuan dari keturunan yang baik ni selalunya ibu dan ayah dia sorokkan. Bukan boleh keluar sembarangan.” Beritahu Puan Sri Latifah bersungguh-sungguh.

Hai, zaman sekarang ni ada lagi ke perempuan yang tak keluar rumah. Macam perempuan kolot aje bunyinya. Tak boleh keluar sembarangan, fikir Darwish.

“Kalau papa rasa Dian tu sempurna dan ada ciri-ciri sebagai bakal isteri, why not papa aje yang masuk meminang dia?” Soal Darwish sedikit berseloroh sambil mata aku memandang reaksi Puan Sri Latifah.
“Papa ok aje.” Pendek saja jawapan daripada Tan Sri Khalid sambil tersengih dan berpura-pura membaca majalah yang dari tadi dipegangnya.

“Abang, jangan cari pasal di petang hari ni. Kita ni sibuk cari bakal menantu, bukan bakal madu saya.” Dengan pantas Puan Sri Latifah mencubit peha Tan Sri Khalid membuatkan suaminya menjerit kesakitan. Sekali lagi Puan Sri Latifah menjeling tajam kearah suaminya sambil mencebikkan bibirnya.

“Saya ni bergurau ajelah. Darwish, fikir masak-masak cadangan mama dan papa ni. Jangan menyesal pula nanti. Jawatan CEO tu.” Tan Sri Khalid pantas menukar topik bagi membantu Puan Sri Latifah memujuk Darwish untuk menerima Dian.

“Cubalah Darwish berkenalan dulu dengan Dian. Mama jamin Darwish mesti jatuh hati bila jumpa dia.” Pujuk Puan Sri Latifah cuba meyakinkan Darwish untuk berkenalan dengan Dian. Namun di dalam hatinya cuma ada Jasmine. Wanita yang hampir setahun dia kenali yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Darwish akui sebelum ini dia tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Mana tidaknya, perempuan yang selalu dia dampingi hanya mahu mengikis poketnya sahaja.

“Baiklah, kalau itu kemahuan mama dan papa, Darwish ikut.” Keluh Darwish.

“Macam tulah anak mama. Pastikan Darwish jumpa Dian tau, sebab suka atau tak, mama dan papa tetap akan kahwinkan Darwish dengan Dian. Ingat, majlis perkahwinan Darwish akan berlangsung lagi sebulan. Good luck sayang.” Pesan Puan Sri Latifah sambil mengenyitkan mata kearah anak terunanya. Terbit senyuman puas di wajah Puan Sri Latifah. Seraya dengan itu dia menepuk tangannya seperti kanak-kanak riang mendapat belon menunjukkan yang dia benar-benar gembira dengan keputusan yang Darwish berikan.

Ini dah kira kes paksa rela.

Kalau tak suka pun kena kahwin jugak. Apa pilihan yang aku ada sekarang? Yang keluarga Dian ni pun satu, kenapa ibu dan ayahnya tak menolak saja lamaran mama dan papa. Pasti mereka ingin menumpang kesenangan keluarga aku. Aku akan pastikan Dian, kau dan keluarga kau akan menyesal menerima aku, omel Darwish sendiri.

“Darwish jangan cakap bukan-bukan pula kepada Dian nanti.” Pesan Puan Sri Latifah.

“Bila nak jumpa Dian? Boleh papa follow sekali.” Seloroh Tan Sri Khalid sambil tersenyum herot. Isterinya yang tadinya sangat gembira kini sudah mula merajuk dengan kata-kata Tan Sri Khalid.


Aku kenal benar perangai papa. Dia memang suka berjenaka lagi-lagi dengan mama. Papa bukan jenis lelaki ‘buaya darat’. Selama ini tidak pernah aku dengar papa ada skandal dengan mana-mana perempuan. Sesungguhnya mama adalah pelengkap hidup papa, bisik Darwish lagi.